Politik Tamrin Abdul Ghafar

Di dalam UMNO

Beliau pernah menjadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua pergerakan itu.

Beliau pernah bertanding dan menang menjadi Ahli Parlimen kawasan Batu Berendam, Melaka selama dua penggal berturut-turut iaitu dari 1986 hingga 1995 (Pilihan raya umum 1986 dan 1990)

Ketika kempen Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010 di Bandar Sungai Buaya beliau turut bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pentas. Perkara ini agak menghairankan kerana Anwar pernah ‘ membungkus' bapanya dari jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993. [3] Anak saudaranya, Muhammad Zahid Md. Arip mendesak agar UMNO memecatnya kerana khianat kepada parti.[4]

Pada 23 April 2012, Tamrin yang berucap bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau masih lagi ahli UMNO dan menyokong Perhimpunan Bersih 2012.

Di dalam PAS

Akhirnya 12 Ogos 2012 beliau secara rasminya menyertai PAS dalam satu majlis yang diadakan di markas PAS. Bekas MP Umno yang sering kelihatan di program anjuran PAS berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas memikirkan perkara itu untuk sekian lama. Beliau berkata, beliau kini bersedia "mewakafkan masa dan batang tubuhnya" untuk perjuangan PAS.[5]